2:29 AM

Game


Salam,
Ahhaa , oleh kerana sekarang ni aku tengah free, so bole la blogging sikit .
Topik kali ni bukan nak luahkan perasaan tidak puas hati , tetapi nak buat sedikit konklusi .
Topik kali ni ialah GAME . Kenapa dengan game eh ? Apa masalah blogger ni dengan game ??

Soalan diatas aku tak nak jawab , tapi aku nak cerita la sikit satu kisah benar .
Ni ha , ada la anak kawan mak aku ni , dia ni seorang yang gila game . Aku pun tak kenal sape sebab mak aku yang cerita . Budak ni gila game yang amat . Pada suatu hari , budak ni refuse tak nak pergi sekolah sebab taksubkan game , tak tahu la game ape . Mak dia paksa2 tapi dia taknak jugak . Lepas tu , entah komputer ke ape entah rosak , dia mengamuk gila2 . Sampai macam tu sekali taksubkan game . Sekarang ni , dia dah berhenti sekolah dah dan hari2 dia ikut mak dia kerja . Setiap hari nak pergi kerja , mak dia mesti kena bawak modem , pc and everything untuk main game .

So , konklusinya , janganlah taksub sangat dengan game . Solat tu jangan lupa . Aku ni pun gila game jugak , tapi masih boleh dikawal . Kalau la korang jadi macam budak tu , cubalah fikir masa depan , entah masak , gosok baju , mandi , semua tak tahu . Nanti isteri yang kena mandikan . Tapi ada ke isteri nak terima korang ?? ^_^

Banyak lagi keburukan main game ni , tapi malas nak taip panjang2 . Nak tahu sangat keburukan game , sila guna www.google.com.my !

Sekian dahulu untuk post kali ni ,

Renung2kan dan Selamat Beramal

0 comments: